Wednesday, March 24, 2010

draf ucapan

UCAPAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PASRA KE TIGA 27 MARCH 2010
DI LORONG 15, 3A1, PUNCAK ALAM

1. YANG DI HORMATI YB DR ZULKIFLI, YB DATO AMIR, WAKIL MDKS, AJK PASRA, TUAN PUAN, ADIK KAKAK YANG DI MULIAKAN ALLAH ASSALAMUALAIKUM WTB.
2. SEKALI LAGI DITAHUN INI KITA BERTEMU UNTUK BERBINCANG DAN BERMESYUARAT, BERTEMU DAN BERMESRA DEMI KEPENTINGAN BERSAMA. ALHAMDULILLAH PERSATUAN KITA SEMAKIN MATANG DAN SEMAKIN BANYAK AKTIVITI BERSAMA
3. PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AJK YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI DAN SEMUA PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN.
4. PENGHARGAAN JUGA KEPADA MDKS YANG MEMINJAMKAN KITA KERUSI MEJA. TANPA BANTUAN YDP MDKS MAJLIS INI DAN PROGRAM KITA SELAMA INI SUKAR DILAKSAKAN.
5. PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YB YANG SUDI HADIR
6. TAHUN INI KITA MERANCANG UNTUK MENGADAKAN FORUM PLAN STRATEGIC MAJLIS TINDAKAN EKONOMI PUNCAK ALAM DAN PESTA JUALAN KOPAS (SEMPENA MESYUARAT AGUNG KOPAS BULAN JUN NANTI).
7. PERSATUAN KITA JUGA TELAH DI BERI PENGHARGAAN DENGAN DI BERIKAN KEPERCAYAAN MEMIMPIN MAJLIS PEMUAKATAN PENDUDUK PUNCAK ALAM ( GABUNGAN SEMUA PENDUDUK FASA 3) YANG PROJECK PERTAMANYA ADALAH MENGADAKAN SEMINAR KESELAMATAN YANG AKAN BERLANSUNG BULAN DEPAN DI SURAU KITA.
8. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK YANG BEKERJA KUAT MENJAYAKAN SEMUA PROGRAM DAN KERJASAMA DAN PERPADUAN YANG DI TUNJUKKAN AMAT MENAKJUBKAN SEHINGGA SEMUA MASALAH BERAT DAPAT DI SELESAIKAN DAN DI RASAKAN RINGAN.
9. TUAN DAN PUAN
10. KHEMAH KITA TELAH ADA, UNTUK KEBAJIKAN AHLI YANG MENDAFTAR. JADI DAFTARLAH DAN SERTAI KITA SUPAYA SEMUA KEMUDAHAN DAPAT KITA NIKMATI BERSAMA.
11. HOT SPOT AKAN DI UPGRADE KEPADA 10 MB YANG MANA KELAJUANNYA AKAN BERTAMBAH. SUATU HARI NANTI TUAN BOLEH MELIHAT TV LEBIH BAIK DARI ASTRO DAN TANPA GANGGUAN KERANA BROAD BAND INI. PEMBELAJARAN ANAK DI HUJUNG JARI DAN SEGALA ILMU PENGETAHUAN DAN PERNIAGAAN BOLEH DI DAPATI DARI RUMAH.
12. PERSATUAN DAN KOPERASI KITA AKAN MAJU SEBAGAIMANA ORGANISASI YANG LAIN. KEBANYAKAN PERNIAGAAN DI DUNIA DI KUASAI OLEH KOPERASI DI MANA AHLI MENDAPAT HARGA MURAH DAN BONUS. ORANG RAMAI MENDAPAT PERKHIDMATAN DAN BARANG YANG DISUKAINYA. KITA MENDAPAT PAHALA KERANA MEMBERI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA.
13. SEMUGA KERJASAMA KITA DENGAN SEMUA ORANG, MDKS, YB DAN AHLI BERKEKALAN DAN MENDAPAT REDHO ALLAH. SEMUGA KITA DAN KELUARGA KITA MAKMUR DENGAN LIMPAHAN REZKI DINEGARA YANG KAYA DAN TERCINTA INI DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT
14. SEKIAN.......WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH .......
DR ROSLI MAJID (eMaR)

Thursday, March 18, 2010

mengenali diri dan keluarga kita (bagaimana menjadi orang hebat)

Mengenal diri dan keluarga kita ( siapa tok keramat balik pulau)

1. Salasilah keluarga ada di sebutkan nama tok keramat balik pulau nenda kepada to’ Jamaliah binti abu bakar.
2. Ianya di katakan wali besar di zamannya.
3. Apa itu wali dan apa peranannya, bagaimana mencapainya, dan apa keistemewaannya
4. Banyak persoalan yang timbul dalam membincangkan hal ini yang sukar di gambarkan oleh fikiran orang awam; Apa pula istilah sebenar roh, nafsu, ilham, ilmu laduni, alam malakut, jabarut dan alam lukut. Bagaimana seseorang boleh mendapat mimpi badannya bergerak keserata tempat sedangkan jasadnya sedang tidur. Apa yang di istilahkan dengan 7 lapis nafsu. Apa maksud warid , nur, zhuaz , mata basirah, fana dan baka’.
5. Bagaimana setengah orang mendapatnya , percaya dengan penuh yakin dan setengahnya mengengkarinya dan mengatakan ianya Cuma karut dan bidaah. Bagaimana menerangkan ilmu ini supaya orang faham , keluarga tidak terkeliru.
6. Kita merasa pelik kenapa Ramai di kalangan ahli keluarga kita yang bila meningkat umur yang melebihi 40 tahun menjadi tidak gemar bersocial, suka bersendiri, tidak banyak bicaranya , sedangkan di zaman mudanya active berpolitik , berpersatuan, berniaga dan bertani. Adakah di sebabkan keturunan kita begitu, asalnya dari wali dan memang jalannya begitu.
7. Dalam Diri kita ada roh dan nafsu yang asalnya mengetahui alam ghaib dan mengenal tuhan
a. “Apabilanya di Tanya tuhan kepadanya, siapakah aku, maka ia berkata kau lah tuhan ku”
b. Roh berbentuk seperti kita, boleh mendengar dan berkata, boleh bergerak, merasa sakit, marah dan sebagainya. Ini lah yang terjadi apabila kita mimpi.
8. Perjalanan menuju makrifat Allah, memerlukan jalan berzikir bagi membersihkan hati . bila hati telah bersih, maka level nafsu terendah iaitu nafsu amarah akan naik ketahap lebih tinggi kepada nafsu mutmainah dan lebih tinggi lagi. Di sini tuhan akan memberi nur atau warid yang mana ia merasa sendiri kebesaran Allah dalam hatinya
9. Ia merasa Tidak seperti orang tauhid merasa kebesaran Allah dengan melihat wujudnya matahari, bulan , bintang dan lain lain tanda kebesaran Allah. Ia merasa dengan rasa yang sebenar.
10. Lazatnya ia berzikir dan beribadat tidak seperti orang syariat yang mengejar pahala sahaja di mana ibadatnya tidak khusuk dan lahiriah sahaja, tetapi mereka merasa lazat beribadah, dan mengingat tuhan dengan khusuk atau zhuaz di hati ( surah al-mukminun).
11. Keadaan ini tidak dapat di gambarkan melainkan orang itu merasa sendiri, seperti orang melihat keindahan buah durian, yang lebih tinggi lagi apabila ia mengopak kulit dan melihat isinya yang cantik dan mengiurkan. Tetapi apabila ia makan baru ia merasa lazat dan nikmatnya. Orang syariat tidak ada pengalaman ini, sebab itu mereka mengingkarinya kerana ia melihat durian dari luar sahaja.
12. Apabila lazat berzikir telah di rasa, nur atau warid akan wujud dimana akhlak nya menjadi bertambah baik dan nafsunya dapat di kawal. Setengah mendapatnya cepat dan yang lainnya lambat kerana terhijap atau tidak serious .
13. Dalam proses mendapatkan jalan menuju makrifat ketuhanan ini , ada di kalangan kita yang keliru oleh sebab tiada ilmu atau petunjuk guru atau tidak berbincang dengan rakan atau saudara mengenai pengalaman dan masalah yang di alami.
14. Kekeliruan ini menyebab kan ia menyendiri, tak berapa pasti jalan yang di lalui itu betul atau salah dan samada ingin meneruskan ibadat atau zikir secara istiqomah atau tidak. Ini lah ujian di tambah jika syaitan menjadikannya was was.
15. Itulah penting suluk atau bertapa atau beribadat tidak boleh bersendiri mesti bersama teman dan berjemaah.
16. Ada yang bertapa untuk mendapatkan kadim dan ada yang suluk untuk mendapat ilmu keduniaan seperti ilmu kuat dan kebal. Tetapi suluk untuk mendapat makrifat Allah dan membersihkan hati dari sifat tercela itu yang di benarkan dan akan di berikan 20 kelebihan (karomah) di dunia dan 20 kelebihan di akhirat sebagaimana di tulis oleh Imam Al- Ghazali.
17. Orang yang bertapa atau berzikir untuk ilmu dunia juga di beri kelebihan segera tetapi ianya bersahabat dengan khadim.
18. Ada dua jenis khadim mengikut fahaman sufiah ( kumpulan yang mensucikan hati dari sifat dan nafsu tercela dan mendapat makrifat Allah) iaitu
a. Khadim jenis rendah dan jahat terdiri dari jin dan syaitan. Jenis ini di dapati oleh bomoh dan orang yang mengamalkan ilmu sihir dan belaan hantu. Mereka membantu untuk kepentingan dunia dan kejahatan yang menyesatkan ( surah al jin). Kehebatan Ini biasanya dapat kepada orang awam yang hati dan nafsunya tidak bersih (istidrat)
b. Khadim jenis tinggi dimana ianya terdiri dari roh wali, malaikat dan jin yang soleh ( surah al-jin, ayat 11) yang di ciptakan untuk membantu manusia. Roh wali boleh membantu sebagaimana ia membantu ketika ia masih hidup dengan amalan tertentu . ianya boleh menolong sesiapa sahaja ( melalui orang yang hatinya bersih dan nafsunya terkawal dan amalannya hanya untuk redho Allah) yang meminta tolong asalkan untuk tujuan baik dan demi kemaslahatan agama ( hujah panjang lebarnya boleh di rujuk pada kitab sufi dan mengenal wali). Itu di namakan tawasul terhadap arwah yang hidup yang sanggup menolong sebagai wasilah mengikut peraturan sunnah Allah sebagaimana kita berpegang pada kenyang dengan sebab memakan nasi, memotong dengan pisau , api membakar. Api tidak boleh membakar dan pisau tidak boleh memotong, ubat tidak boleh menyembuh tanpa izin Allah. Ini mungkin terjadi kerana makbulnya doa wali supaya ia dapat menolong manusia semasa hidup dan sesudah mati ( antara 20 kelebihan wali didunia). Ada setengahnya memanggil mereka rijal ghaib.
19. Dalam amalan sufiah, beramal untuk mensucikan hati dan mendapat makrifat Allah adalah yang utama. Jika ia Berjaya mencapainya segala kekeramatan dan kelebihan sebagai wali akan di perolehi setelah melalui proses mendapat nur (warid), zhuaz, alam fana dan alam baka’. Ia tidak memerlukan bantuan khadim seperti diatas. Amalan mereka bukan untuk mendapat pahala seperti 18 (b) di atas tetapi hanya untuk mendapat makrifat dan rhedo Allah.
20. Jika ada di kalangan keluarga dan sahabat kita berada di alam kekeliruan dan alam fana (tahap Gila ketuhanan atau gila zikir dan tidak sedar diri di bumi kerana roh dan hatinya di alam lain), kita kena sedarkan dia dan cepat melalui proses itu dan kembali ke level alam baka segera, agar tidak menimbulkan fitnah kepada orang awam yang lain. Keadaan ini terjadi di sebabkan lazatnya beribadat dan asyik sehingga terlupa dan terlatah. Ini terjadi samalah seperti orang yang gila memencing, sehingga lupa anak isteri, gila game sehingga lupa pelajaran dan gila pada puteri cantik sehingga sanggup berperang dan meninggalkan tanggungjawap kenegaraan.
21. Perkara ini di nyatakan kerana telah terdapat tanda di kalangan ahli keluarga begitu, dan kita kena faham proses menuju makrifat ini apabila ia menyendiri dan meninggalkan kehidupan dunia ( kerana dalam proses melawan kehendak dunia dan nafsu jahat). Selepas ia kembali ke level alam baka’ mereka akan kembali aktif dan menjadi lebih hebat dan pimpinannya di terima ramai kerana akhlaknya yang terpuji dan memiliki ilham melalui ilmu ladhuni. Perlu di ingat nabi dan orang hebat hebat di dunia pernah menyendiri sebelum mereka menjadi pemimpin hebat dunia.
22. Ilmu Allah sangat luas, jika 7 lautan dijadikan tinta nescaya tidak akan habis di tulis walaupun di datangkan 7 lautan lagi serupa itu (al-quran).
23. Perlu perbincangan lanjut

HATINYA HEBAT DAN BERSIH

rujukan
1. quran
2. kitab wali dan sufi
3. mengenal diri dan wali

Monday, March 15, 2010

Mengapa Jangkitan dan pembengkakan muka berlaku

Jangkitan- pembengkakan muka

Pendahuluan:

Jangkitan muka biasa berlaku di dalam amalan perawatan perubatan dan pergigian. Kebanyakanya berasal dari struktur luar seperti kulit , tisu subkutis dll dan biasanya senang di kenal pasti dan di rawat.

Jangkitan yang berasal dari struktur dalam boleh jadi teruk, cepat merebak dan boleh menyebabkan keaskitan yang berpanjangan, komplikasi yang lama dan boleh membahayakan nyawa.


Puncanya
kebanyakan puncanya dari gigi, tulang rahang , kelenjar air liur dan penyakit lain


Gigi boleh menyumbang jangkitan melalui


1) kerosakan gigi yang sampai ke pulp yang mengakibatkan inflamasi (pulpitis)

2) kumpulan nanah di periapical gigi yang terjadi di gigi yang Nampak vital tetapi menuju kematian seperti trauma, retak atau rosak di bawah tampalan.

3) Abscess periapical dan periodontal boleh terbentuk hasil daripada keradangan gingival yang teruk dan kehilangan sokongan tulang dan tisu lembut ( penyakit periodontal)

4) gigi yang baru nak tumbuh biasanya gigi graham bongsu bawah boleh menghasilkan keradanagn dan jangkitan pada operculum (gusi) mencegahnya dari tumbuh dengan pembengkakan bernanah dll di sekeliling gigi.

rahang

1) boleh membentuk cust atau tumor yang berasal dari kegigian (odontogenik)

2) osteomyelitis , walaupun jarang boleh menghasilkan jangkitan yang teruk seperti di jelaskan diatas.

3) Osteoradionecrosis terjadi di kawasan rahang yang telah terkena radiasi lebih lebih lagi yang ada trauma seperti cabutan gigi.

4) jangkitan di sebabkan Tuberculosis, actinomycosis dan syphilitic osteomyelitis selalunya jarang terjadi

5) kebanyakan patah rahang di kawasan dekat segmen gigi di takrifkan berada di kawasan kaviti oral dan dengan senang boleh di jangkiti oleh microb oral.

6) Cabutan di kawasan patah jarang terjadi infection.


kelenjar air liur besar


1) mungkin subject samada virus atau jangkitan bacteria yang menyumbat saluran air liur(duct) biasanya terdiri daripada batu, stricture dan seumpamanya.

Sinus Paranasal


1). Mungkin jangkitan primary ( pertama), tersumbat dan hasil dari pembengkakan muka.

2) boleh jadi jangkitan kedua jangkitan pada gigi masuk kedalam sinus maksila ( biasa nya gigi atas premolar dan molar)

3) tumor atau cyst yang menjadi berjangkit

4) patah seperti lantai orbital dan di tafsirkan di luar kawasan mulut dan boleh menghasilkan orbital celulitis.


Rawatan


Antibiotic sahaja tidak akan Berjaya memulihkan jangkitan muka yang dalam. Kebanyakan jangkitan ada mempunyai sebab yang tertentu dan hanya rawatan pembedahan sahaja akan Berjaya mencegah ianya dari menjadi lebih teruk atau berjangkit semula ( pembedahan membuang penyebab jangkitan dan membuang nanah yang terkompol.)

Di dalam kes baru rawatan pembedahan boleh jadi semudah rawatan kanal akar pada gigi yang di kenalpasti atau pilihan lain adalah cabutan gigi yang biasanya di buat oleh doctor gigi di ikuti oleh memakan antibiotic.

Kes yang lebih teruk memerlukan pesakit di masukkan ke wad segera untuk tujuan menghalang jangkitan dengan pemberian antibiotic di ikuti oleh pembedahan segera untuk membuang penyebabnya dan membuat insisi dan pengaliran ruang tisu yang terlibat.

Kes ini memerlukan teknik kepakaran penembusan endotracheal fiberoptic yang di buat beberapa hari dan biasanya mungkin memerlukan pembedahan kecemasan ruang udara seperti cricothyrotomy atau tracheostomy.

Kes ini akan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) selepas pembedahan sehingga keselamatan ruang udara dan pernafasan pesakit dapat di pulihkan.

Mengikut ilmu pembedahan kebanyakan kes boleh di buat melintasi kawasan oral. Pembuangan penyebab jangkitan biasanya gigi atau batu , di ikuti oleh insisi dan saliran.

Elakkan dari memotong memalui kulit muka kerana di situ terdapat saraf muka dan untuk memeliharanya serta dapat mengelak paruk yang akan menghasilkan keputusan yang teruk ( kecacatan muka)

ruang submandibuklar dan sublingual yang di penuhi dengan nanah kena di salirkan “transcutancously.” Melalui insisi pada leher.

Broad spectrum antibiotics are usually started pending cultured & sensitivity (C & S) results. The antibiotic regime may be changed based on the C&S results and patient’s response to treatment.

Antibiotic jenis broad spectrum biasanya di mulakan sementara menunggu kasil keputusan culture and sensitivity (C&S) regime antibiotic mungkin bertukar. Bergantung kepada keputusan ujian C&S dan tindakbalas pesakit terhadap rawatan.

Sunday, March 14, 2010

Kata aluan PASRA sempena AGM 27 mac 2010

Assalamualaikum wtb

Bersyukur kita terhadap allah SWT kerana dapat sekali lagi kita berjumpa dalam AGM PASRA kali ketiga. Walaupun ramai menjangka riwayat persatuan kita tak lama, tetapi ia kekal sampai kehari ini. Tidak sia sia jerih payah kita menubuhkannya 3 tahun yang lepas.

Saudara saudari

Usaha lebih sedikit yang kita buat hari ini bukan lah untuk kepentingan diri kita sendiri. Ianya untuk anak cucu kita. Inilah yang telah di buat oleh organisasi dan Negara maju di dunia. Kita tidak akan dapat nikmat islam sekarang dan rasa aman jika tiada pengorbanan umat dulu dan datuk nenek kita. Jika orang dulu mengambil sikap asal saya cukup makan, cukup tidur , tiada orang kacau sudah memadai tanpa usaha lebih membangunkan islam dan berjuang demi Negara, kita mungkin terus di jajah dan mundur atau mungkin bukan beragama islam.

Berpesatuan penting untuk menyelesaikan masalah bersama, bergaul, dan tolong menolong. Melihat contoh Yayasan Al-Bukhari yang merupakan orang ke enam terkaya di Malaysia dengan asset berjumlah lebih RM 6 billion menaikkan semangat kita. Kita juga boleh menjadi seperti mereka. Marilah kita bersatu, menjalankan aktiviti bersama agar kita menjadi asas kebanggaan anak cucu kita. Menjadi ummat terbaik, pemimpin terbaik dan organisasi terbaik yang di hormati oleh ummat lain.
Percayalah suatu hari nanti kita akan menjadi lebih hebat dari Yayasan Al- Bukhari, tauke Genting highland, tauke Public bank, dan tauke Petronas, jika kita bersatu, berkerja dan berkorban lebih sikit untuk kepentingan generasi akan datang.

Sekian selamat bermesyuarat.

Dr Mohd Rosli Majid
Pengerusi