Saturday, September 18, 2010

minit mesy al jeed siri 7

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AHLI LEMBAGA PENGARAH SIRI 7)
TARIKH: 11/9/10 (SABTU) DAN 14/09/10 (Selasa)
MASA: 9 AM-1230PM DAN 2 PM -7 17 PM
TEMPAT: SG SIREH DAN PUNCAK ALAM
HADIR:
1. Shamsudin - pengerusi
2. Fatimah
3. Muhamad khir
4. Muhamad Suhaimi
5. Mohd Rosli - setiausaha
6. Abd Nasir
7. Mahmud Fauzi
8. Amirul Hisham
TIDAK HADIR (DENGAN MAAF)
1. Mariaton
SEKRETARIAT
1. Keluarga Fatimah dan Rosli - pencatit minit dan menyediakan makanan (tuan rumah)
Pengerusi mengucapkan salam dan mengalu alukan semua kehadiran ALP. Beliau menekan kan wajibnya berniaga, budaya keluarga yang berniaga dan 9/10 dari ezki dari perniagaan. Beliau juga mengingatkan tentang kewajipan menghadiri mensyuarat dan pentingnya pemuafakatan keluarga dan hidupnya ilmu dengan bermuzakarah. Mensyuarat adalah ibadah dan dapat pahala. Tidak aklan menyesal orang yang bermesyuarat dan istiharah. Konsep iman , yakin dan kekuatan doa juga di sentuh di samping membezakan dan tidak campur aduk hal peribadi dan pegangan hidup individu dengan hal perniagaan, masyarakat dan organisasi.. sebenarnya rezki kita sudah dekat, Cuma usaha kita kena ada untuk masuk dalam mulut dan kunyah dia. Burung berterbangan di atas bumbung rumah kita Cuma usaha kita je untuk dapatkannya. setiausaha telah membaca agenda minit mesyuarat menggunakan LCD.

Agenda PERBINCANGAN/ KEPUTUSAN TINDAKAN
1 SAHKAN MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat pertama hingga ke 6telah di ulang bentang dan telah disahkan atas cadangan Fatimah dan di sokong oleh suhaimi
Makluman semua
2. PERKARA BERBANGKIT Perkara berbangkit di bincang semasa perbentangan agenda berkenaan
3. Laporan kewangan Laporan kewangan telah di bentang. Oleh kerana ia tidak lengkap dan belum di audit maka ianya tidak dapat di luluskan
Bendahari di kehendaki membuat buku ladger, membuat imbang duga, akaun untung rugi dan dan kunci kira kira pada tahun kewangan berakhir 31 dec 2010 dan di serah pada audit dalam untuk di audit dan di sahkan bendahari
4. MELANTIK JAWATAN KUASA AUDIT DALAM (JAD) Telah di persetujui untuk menjadikan pengurusan kewasan boleh dipercayai 4 orang JAD di lantik: JAD bertanggungjawap menyemak kewangan dan operasi yayasan setiap 3 bulan dan member nasihat cara terbaik dan membetulkan kepincanagn sebelum ia menjadi masalah besar. Ia juga bertanggung jawap terhadap jawtan kuasa audit luar (JAL) dan ALP. Mereka adalah:
Mariaton, Fatimah, Mahmud, amirul Hisham
Mariaton, Fatimah, Mahmud, amirul Hisham

5. PERLANTIKAN ALP BARU Mesyuarat bersetuju mengekalkan pengerusi, setiausaha dan bendahari untuk setahun lagi atas cadangan suhaimi dan di sokong oleh Fatimah sehingga ALP lain bersedia untuk mengambil alih peranan mereka. Semua
6. Buku bank Mohd khir dan amirul di kehendaki membuka akaun semasa al-jeed di bank ( samada May bank atau BSN atau mana mana bank yang senang . buku cekmesti di tandatangi oleh mohd khir dan mana mana seorang ALP lain (biasanya pengerusi atau setiausaha). Surat permohonan pengeluaran wang oleh bendahari untuk mana mana projek mesti di luluskan oleh pengerusi dan di sahkan oleh setiausaha (3 sebut harga di perlukan untuk tantadatangan kelulusan.) Amir dan khir
7. Sewaan tanah sawah Ianya mesti mengikut harga semasa iaitu antara Rm 2500 -3200 Khir
8. Zakat Akan di keluarkan pada akhir tahun December 2010 , setelah semua wang peninggalan ayahanda bonda boleh di keluarkan dari bank. Dicadangkan di beri pada Fatimah dan suhaimi dan sebahagianya di gunakan untuk membiayai projek membasmi kemiskinan dan tabung kecemassan al-jeed. Khir
9. SKOP KERJA 2010 Membena sarang walit di semua sawah dan kebun, kolam ikan keli di tanah lorong 3, tanaman padi , tebu dan serai. Peralatan workshop walit. Pengurus projek
10. MELANTIK PENGURUS PROJEK Suhaimi telah setuju dan menandatangani surat tawaran pengurus projek al-jeed dengan gaji Rm 1000 sebulan dan ellaun lebih masa (OT) Suhaimi
11. Tandatangan pemilik syarikat Semua adik beradik telah menandatagani borang pemilik syarikat al jeed enterprise (perkongsian 9 nama). Syer adalah 1/9 sebagaimana di persetujui sebelum ini. Syarikat sdn berhad akan di tubuh mengikut keperluan projek dan syer ikut % sumbangan ( kena bayar Rm 2500, gaji setiausaha syarikat dan hantar penyata kewanag tahunan pada ssm) Semua
12. Urusan bicara kuasa Telah selesai . surat kuasa harta alih dan tidak alih telah di keluarkan. 3 grand telah Berjaya di tukar nama ke 9 nama adik beradik (Lot 26751,sawah lrg 8 ; lot 4625, kebun lrg 3; lot 23290, band 3);. 3 lagi grand dalam proses pejabat tanah K.Sel. semua
13. Had keberhutangan Di persetujui oleh semua , adalah lebih baik semua projek dan perniagaan di lakukan secara tunai. Rancang besar (think big) tapi perlaksanaannya di buat sedikit demi sedikit ( satu projek setahun). Jika perlu berhutang terutama seperti projek walit hadnya adalah setakat RM 500,000 sahaja tidak boleh lebih sehingga mesyuarat akan datang. Semua
14. BAJET 2010/ 2011 1. Belanja
2. Gaji Suhaimi jika bermula nov 2010 = RM 2000
3. Gaji suhaimi 2011= rm 12,000
4. Projek walit 2010=RM 50,000
5. Walit 2011= rm 100,000
6. Keli= RM 20,000
7. Tebu/ serai di tanah Lrg 3=rm 2000
8. Workshop walit= rm 10,000
Pendapatan
1. Sewa tanah= Rm 15,800
2. Keli =Rm 6000/3 bulan
3. Walit =rm 6000/ setahun pertama
4. Tebu/serai =Rm 3000/setahun
5. Agrotoursm=??
15. Membentang dan melulus ATURAN 3 aturan telah di bentang menggunakan LCD dan telah di luluskan iaitu:
1. Aturan walit city al jeed
2. Aturan skim pinjaman syariah al-jeed
3. Aturan kumpulan penebusan syer al-jeed
4. Adap mesyuarat dan berbeza pendapat juga di bentangkan.
5. Dicadang di luluskan oleh suhaimi dan di sokong oleh rosli semua
16. AHLI JAWATAN KUASA KERJA TEKNICAL (TWG) Mesyuarat telah bersetuju melantik TWG, yang berperanan melaksanakan kerja technical, persiapan pra mesyuarat ALP, dan mereka adalah pelapis yang di latih semasa ibu/bapanya hidup lagi: mereka terdiri dari anak sulung yang mewakili keluarga masing masing yang mana bila ibu/bapanya meninggal mereka akan mengganti menjadi ALP iaitu:
1. Harun ar Rashid shamsudin, 28 tahun (010-3185334)
2. Zamrul (29 thn)
3. Firdaus (19 Tahun)
4. Musadit (18 THn)
5. Takiyuddin ( 19 thn)
6. Amirullah (8 Tahun)
7. Amar nasir ( 14 tahun)
8. Ain Mahmud fauzi (12 thn)
9. Fatin amirulhisham (6 tahun)
Setiap keluarga di kehendaki menulis wasiat pengganti ini agar memudahkan urusan dengan bank bila mereka meninggal nanti. Semua
17. Seminar Tahun ini pengerusi dan setiausaha telah pergi kursus anjuran angkasa berkaitan pengurusan mesyuarat , minit dan cara membuat usul cadangan. Juga seminar walit.
ALP lain di galak mengikuiti sebarang kursus percuma anjuran koperasi dan angkasa. Semua
18. AGM tahun depan Di cadang di buat di Pahang , di rumah kak ton hari raya aidil fitri ke dua, jam 10 am. bersama dengan acara hari keluarga. Agenda di sertakan Semua
19.

Pengerusi mengakhiri mesyuarat pada jam 7 17 pm dengan ucapan salam dan terima kasih pada semua yang hadir. Agenda yang di mulakan dengan yasin di akhiri dengan tahlil. Acara berikutnya dalah ziarah kubur ayahanda dan bonda serta ziarah keluarga terdekat di hari raya.




Dicatit oleh di semak oleh


------------------- ---- -----------------------------------------
Mohd rosli shamsudin

Wednesday, March 24, 2010

draf ucapan

UCAPAN SEMPENA MESYUARAT AGUNG PASRA KE TIGA 27 MARCH 2010
DI LORONG 15, 3A1, PUNCAK ALAM

1. YANG DI HORMATI YB DR ZULKIFLI, YB DATO AMIR, WAKIL MDKS, AJK PASRA, TUAN PUAN, ADIK KAKAK YANG DI MULIAKAN ALLAH ASSALAMUALAIKUM WTB.
2. SEKALI LAGI DITAHUN INI KITA BERTEMU UNTUK BERBINCANG DAN BERMESYUARAT, BERTEMU DAN BERMESRA DEMI KEPENTINGAN BERSAMA. ALHAMDULILLAH PERSATUAN KITA SEMAKIN MATANG DAN SEMAKIN BANYAK AKTIVITI BERSAMA
3. PENGHARGAAN KEPADA SEMUA AJK YANG MENJAYAKAN MAJLIS INI DAN SEMUA PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN.
4. PENGHARGAAN JUGA KEPADA MDKS YANG MEMINJAMKAN KITA KERUSI MEJA. TANPA BANTUAN YDP MDKS MAJLIS INI DAN PROGRAM KITA SELAMA INI SUKAR DILAKSAKAN.
5. PENGHARGAAN TIDAK TERHINGGA KEPADA YB YANG SUDI HADIR
6. TAHUN INI KITA MERANCANG UNTUK MENGADAKAN FORUM PLAN STRATEGIC MAJLIS TINDAKAN EKONOMI PUNCAK ALAM DAN PESTA JUALAN KOPAS (SEMPENA MESYUARAT AGUNG KOPAS BULAN JUN NANTI).
7. PERSATUAN KITA JUGA TELAH DI BERI PENGHARGAAN DENGAN DI BERIKAN KEPERCAYAAN MEMIMPIN MAJLIS PEMUAKATAN PENDUDUK PUNCAK ALAM ( GABUNGAN SEMUA PENDUDUK FASA 3) YANG PROJECK PERTAMANYA ADALAH MENGADAKAN SEMINAR KESELAMATAN YANG AKAN BERLANSUNG BULAN DEPAN DI SURAU KITA.
8. SAYA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AJK YANG BEKERJA KUAT MENJAYAKAN SEMUA PROGRAM DAN KERJASAMA DAN PERPADUAN YANG DI TUNJUKKAN AMAT MENAKJUBKAN SEHINGGA SEMUA MASALAH BERAT DAPAT DI SELESAIKAN DAN DI RASAKAN RINGAN.
9. TUAN DAN PUAN
10. KHEMAH KITA TELAH ADA, UNTUK KEBAJIKAN AHLI YANG MENDAFTAR. JADI DAFTARLAH DAN SERTAI KITA SUPAYA SEMUA KEMUDAHAN DAPAT KITA NIKMATI BERSAMA.
11. HOT SPOT AKAN DI UPGRADE KEPADA 10 MB YANG MANA KELAJUANNYA AKAN BERTAMBAH. SUATU HARI NANTI TUAN BOLEH MELIHAT TV LEBIH BAIK DARI ASTRO DAN TANPA GANGGUAN KERANA BROAD BAND INI. PEMBELAJARAN ANAK DI HUJUNG JARI DAN SEGALA ILMU PENGETAHUAN DAN PERNIAGAAN BOLEH DI DAPATI DARI RUMAH.
12. PERSATUAN DAN KOPERASI KITA AKAN MAJU SEBAGAIMANA ORGANISASI YANG LAIN. KEBANYAKAN PERNIAGAAN DI DUNIA DI KUASAI OLEH KOPERASI DI MANA AHLI MENDAPAT HARGA MURAH DAN BONUS. ORANG RAMAI MENDAPAT PERKHIDMATAN DAN BARANG YANG DISUKAINYA. KITA MENDAPAT PAHALA KERANA MEMBERI KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN DAN MENYELESAIKAN MASALAH MANUSIA.
13. SEMUGA KERJASAMA KITA DENGAN SEMUA ORANG, MDKS, YB DAN AHLI BERKEKALAN DAN MENDAPAT REDHO ALLAH. SEMUGA KITA DAN KELUARGA KITA MAKMUR DENGAN LIMPAHAN REZKI DINEGARA YANG KAYA DAN TERCINTA INI DAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT
14. SEKIAN.......WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH .......
DR ROSLI MAJID (eMaR)

Thursday, March 18, 2010

mengenali diri dan keluarga kita (bagaimana menjadi orang hebat)

Mengenal diri dan keluarga kita ( siapa tok keramat balik pulau)

1. Salasilah keluarga ada di sebutkan nama tok keramat balik pulau nenda kepada to’ Jamaliah binti abu bakar.
2. Ianya di katakan wali besar di zamannya.
3. Apa itu wali dan apa peranannya, bagaimana mencapainya, dan apa keistemewaannya
4. Banyak persoalan yang timbul dalam membincangkan hal ini yang sukar di gambarkan oleh fikiran orang awam; Apa pula istilah sebenar roh, nafsu, ilham, ilmu laduni, alam malakut, jabarut dan alam lukut. Bagaimana seseorang boleh mendapat mimpi badannya bergerak keserata tempat sedangkan jasadnya sedang tidur. Apa yang di istilahkan dengan 7 lapis nafsu. Apa maksud warid , nur, zhuaz , mata basirah, fana dan baka’.
5. Bagaimana setengah orang mendapatnya , percaya dengan penuh yakin dan setengahnya mengengkarinya dan mengatakan ianya Cuma karut dan bidaah. Bagaimana menerangkan ilmu ini supaya orang faham , keluarga tidak terkeliru.
6. Kita merasa pelik kenapa Ramai di kalangan ahli keluarga kita yang bila meningkat umur yang melebihi 40 tahun menjadi tidak gemar bersocial, suka bersendiri, tidak banyak bicaranya , sedangkan di zaman mudanya active berpolitik , berpersatuan, berniaga dan bertani. Adakah di sebabkan keturunan kita begitu, asalnya dari wali dan memang jalannya begitu.
7. Dalam Diri kita ada roh dan nafsu yang asalnya mengetahui alam ghaib dan mengenal tuhan
a. “Apabilanya di Tanya tuhan kepadanya, siapakah aku, maka ia berkata kau lah tuhan ku”
b. Roh berbentuk seperti kita, boleh mendengar dan berkata, boleh bergerak, merasa sakit, marah dan sebagainya. Ini lah yang terjadi apabila kita mimpi.
8. Perjalanan menuju makrifat Allah, memerlukan jalan berzikir bagi membersihkan hati . bila hati telah bersih, maka level nafsu terendah iaitu nafsu amarah akan naik ketahap lebih tinggi kepada nafsu mutmainah dan lebih tinggi lagi. Di sini tuhan akan memberi nur atau warid yang mana ia merasa sendiri kebesaran Allah dalam hatinya
9. Ia merasa Tidak seperti orang tauhid merasa kebesaran Allah dengan melihat wujudnya matahari, bulan , bintang dan lain lain tanda kebesaran Allah. Ia merasa dengan rasa yang sebenar.
10. Lazatnya ia berzikir dan beribadat tidak seperti orang syariat yang mengejar pahala sahaja di mana ibadatnya tidak khusuk dan lahiriah sahaja, tetapi mereka merasa lazat beribadah, dan mengingat tuhan dengan khusuk atau zhuaz di hati ( surah al-mukminun).
11. Keadaan ini tidak dapat di gambarkan melainkan orang itu merasa sendiri, seperti orang melihat keindahan buah durian, yang lebih tinggi lagi apabila ia mengopak kulit dan melihat isinya yang cantik dan mengiurkan. Tetapi apabila ia makan baru ia merasa lazat dan nikmatnya. Orang syariat tidak ada pengalaman ini, sebab itu mereka mengingkarinya kerana ia melihat durian dari luar sahaja.
12. Apabila lazat berzikir telah di rasa, nur atau warid akan wujud dimana akhlak nya menjadi bertambah baik dan nafsunya dapat di kawal. Setengah mendapatnya cepat dan yang lainnya lambat kerana terhijap atau tidak serious .
13. Dalam proses mendapatkan jalan menuju makrifat ketuhanan ini , ada di kalangan kita yang keliru oleh sebab tiada ilmu atau petunjuk guru atau tidak berbincang dengan rakan atau saudara mengenai pengalaman dan masalah yang di alami.
14. Kekeliruan ini menyebab kan ia menyendiri, tak berapa pasti jalan yang di lalui itu betul atau salah dan samada ingin meneruskan ibadat atau zikir secara istiqomah atau tidak. Ini lah ujian di tambah jika syaitan menjadikannya was was.
15. Itulah penting suluk atau bertapa atau beribadat tidak boleh bersendiri mesti bersama teman dan berjemaah.
16. Ada yang bertapa untuk mendapatkan kadim dan ada yang suluk untuk mendapat ilmu keduniaan seperti ilmu kuat dan kebal. Tetapi suluk untuk mendapat makrifat Allah dan membersihkan hati dari sifat tercela itu yang di benarkan dan akan di berikan 20 kelebihan (karomah) di dunia dan 20 kelebihan di akhirat sebagaimana di tulis oleh Imam Al- Ghazali.
17. Orang yang bertapa atau berzikir untuk ilmu dunia juga di beri kelebihan segera tetapi ianya bersahabat dengan khadim.
18. Ada dua jenis khadim mengikut fahaman sufiah ( kumpulan yang mensucikan hati dari sifat dan nafsu tercela dan mendapat makrifat Allah) iaitu
a. Khadim jenis rendah dan jahat terdiri dari jin dan syaitan. Jenis ini di dapati oleh bomoh dan orang yang mengamalkan ilmu sihir dan belaan hantu. Mereka membantu untuk kepentingan dunia dan kejahatan yang menyesatkan ( surah al jin). Kehebatan Ini biasanya dapat kepada orang awam yang hati dan nafsunya tidak bersih (istidrat)
b. Khadim jenis tinggi dimana ianya terdiri dari roh wali, malaikat dan jin yang soleh ( surah al-jin, ayat 11) yang di ciptakan untuk membantu manusia. Roh wali boleh membantu sebagaimana ia membantu ketika ia masih hidup dengan amalan tertentu . ianya boleh menolong sesiapa sahaja ( melalui orang yang hatinya bersih dan nafsunya terkawal dan amalannya hanya untuk redho Allah) yang meminta tolong asalkan untuk tujuan baik dan demi kemaslahatan agama ( hujah panjang lebarnya boleh di rujuk pada kitab sufi dan mengenal wali). Itu di namakan tawasul terhadap arwah yang hidup yang sanggup menolong sebagai wasilah mengikut peraturan sunnah Allah sebagaimana kita berpegang pada kenyang dengan sebab memakan nasi, memotong dengan pisau , api membakar. Api tidak boleh membakar dan pisau tidak boleh memotong, ubat tidak boleh menyembuh tanpa izin Allah. Ini mungkin terjadi kerana makbulnya doa wali supaya ia dapat menolong manusia semasa hidup dan sesudah mati ( antara 20 kelebihan wali didunia). Ada setengahnya memanggil mereka rijal ghaib.
19. Dalam amalan sufiah, beramal untuk mensucikan hati dan mendapat makrifat Allah adalah yang utama. Jika ia Berjaya mencapainya segala kekeramatan dan kelebihan sebagai wali akan di perolehi setelah melalui proses mendapat nur (warid), zhuaz, alam fana dan alam baka’. Ia tidak memerlukan bantuan khadim seperti diatas. Amalan mereka bukan untuk mendapat pahala seperti 18 (b) di atas tetapi hanya untuk mendapat makrifat dan rhedo Allah.
20. Jika ada di kalangan keluarga dan sahabat kita berada di alam kekeliruan dan alam fana (tahap Gila ketuhanan atau gila zikir dan tidak sedar diri di bumi kerana roh dan hatinya di alam lain), kita kena sedarkan dia dan cepat melalui proses itu dan kembali ke level alam baka segera, agar tidak menimbulkan fitnah kepada orang awam yang lain. Keadaan ini terjadi di sebabkan lazatnya beribadat dan asyik sehingga terlupa dan terlatah. Ini terjadi samalah seperti orang yang gila memencing, sehingga lupa anak isteri, gila game sehingga lupa pelajaran dan gila pada puteri cantik sehingga sanggup berperang dan meninggalkan tanggungjawap kenegaraan.
21. Perkara ini di nyatakan kerana telah terdapat tanda di kalangan ahli keluarga begitu, dan kita kena faham proses menuju makrifat ini apabila ia menyendiri dan meninggalkan kehidupan dunia ( kerana dalam proses melawan kehendak dunia dan nafsu jahat). Selepas ia kembali ke level alam baka’ mereka akan kembali aktif dan menjadi lebih hebat dan pimpinannya di terima ramai kerana akhlaknya yang terpuji dan memiliki ilham melalui ilmu ladhuni. Perlu di ingat nabi dan orang hebat hebat di dunia pernah menyendiri sebelum mereka menjadi pemimpin hebat dunia.
22. Ilmu Allah sangat luas, jika 7 lautan dijadikan tinta nescaya tidak akan habis di tulis walaupun di datangkan 7 lautan lagi serupa itu (al-quran).
23. Perlu perbincangan lanjut

HATINYA HEBAT DAN BERSIH

rujukan
1. quran
2. kitab wali dan sufi
3. mengenal diri dan wali

Monday, March 15, 2010

Mengapa Jangkitan dan pembengkakan muka berlaku

Jangkitan- pembengkakan muka

Pendahuluan:

Jangkitan muka biasa berlaku di dalam amalan perawatan perubatan dan pergigian. Kebanyakanya berasal dari struktur luar seperti kulit , tisu subkutis dll dan biasanya senang di kenal pasti dan di rawat.

Jangkitan yang berasal dari struktur dalam boleh jadi teruk, cepat merebak dan boleh menyebabkan keaskitan yang berpanjangan, komplikasi yang lama dan boleh membahayakan nyawa.


Puncanya
kebanyakan puncanya dari gigi, tulang rahang , kelenjar air liur dan penyakit lain


Gigi boleh menyumbang jangkitan melalui


1) kerosakan gigi yang sampai ke pulp yang mengakibatkan inflamasi (pulpitis)

2) kumpulan nanah di periapical gigi yang terjadi di gigi yang Nampak vital tetapi menuju kematian seperti trauma, retak atau rosak di bawah tampalan.

3) Abscess periapical dan periodontal boleh terbentuk hasil daripada keradangan gingival yang teruk dan kehilangan sokongan tulang dan tisu lembut ( penyakit periodontal)

4) gigi yang baru nak tumbuh biasanya gigi graham bongsu bawah boleh menghasilkan keradanagn dan jangkitan pada operculum (gusi) mencegahnya dari tumbuh dengan pembengkakan bernanah dll di sekeliling gigi.

rahang

1) boleh membentuk cust atau tumor yang berasal dari kegigian (odontogenik)

2) osteomyelitis , walaupun jarang boleh menghasilkan jangkitan yang teruk seperti di jelaskan diatas.

3) Osteoradionecrosis terjadi di kawasan rahang yang telah terkena radiasi lebih lebih lagi yang ada trauma seperti cabutan gigi.

4) jangkitan di sebabkan Tuberculosis, actinomycosis dan syphilitic osteomyelitis selalunya jarang terjadi

5) kebanyakan patah rahang di kawasan dekat segmen gigi di takrifkan berada di kawasan kaviti oral dan dengan senang boleh di jangkiti oleh microb oral.

6) Cabutan di kawasan patah jarang terjadi infection.


kelenjar air liur besar


1) mungkin subject samada virus atau jangkitan bacteria yang menyumbat saluran air liur(duct) biasanya terdiri daripada batu, stricture dan seumpamanya.

Sinus Paranasal


1). Mungkin jangkitan primary ( pertama), tersumbat dan hasil dari pembengkakan muka.

2) boleh jadi jangkitan kedua jangkitan pada gigi masuk kedalam sinus maksila ( biasa nya gigi atas premolar dan molar)

3) tumor atau cyst yang menjadi berjangkit

4) patah seperti lantai orbital dan di tafsirkan di luar kawasan mulut dan boleh menghasilkan orbital celulitis.


Rawatan


Antibiotic sahaja tidak akan Berjaya memulihkan jangkitan muka yang dalam. Kebanyakan jangkitan ada mempunyai sebab yang tertentu dan hanya rawatan pembedahan sahaja akan Berjaya mencegah ianya dari menjadi lebih teruk atau berjangkit semula ( pembedahan membuang penyebab jangkitan dan membuang nanah yang terkompol.)

Di dalam kes baru rawatan pembedahan boleh jadi semudah rawatan kanal akar pada gigi yang di kenalpasti atau pilihan lain adalah cabutan gigi yang biasanya di buat oleh doctor gigi di ikuti oleh memakan antibiotic.

Kes yang lebih teruk memerlukan pesakit di masukkan ke wad segera untuk tujuan menghalang jangkitan dengan pemberian antibiotic di ikuti oleh pembedahan segera untuk membuang penyebabnya dan membuat insisi dan pengaliran ruang tisu yang terlibat.

Kes ini memerlukan teknik kepakaran penembusan endotracheal fiberoptic yang di buat beberapa hari dan biasanya mungkin memerlukan pembedahan kecemasan ruang udara seperti cricothyrotomy atau tracheostomy.

Kes ini akan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) selepas pembedahan sehingga keselamatan ruang udara dan pernafasan pesakit dapat di pulihkan.

Mengikut ilmu pembedahan kebanyakan kes boleh di buat melintasi kawasan oral. Pembuangan penyebab jangkitan biasanya gigi atau batu , di ikuti oleh insisi dan saliran.

Elakkan dari memotong memalui kulit muka kerana di situ terdapat saraf muka dan untuk memeliharanya serta dapat mengelak paruk yang akan menghasilkan keputusan yang teruk ( kecacatan muka)

ruang submandibuklar dan sublingual yang di penuhi dengan nanah kena di salirkan “transcutancously.” Melalui insisi pada leher.

Broad spectrum antibiotics are usually started pending cultured & sensitivity (C & S) results. The antibiotic regime may be changed based on the C&S results and patient’s response to treatment.

Antibiotic jenis broad spectrum biasanya di mulakan sementara menunggu kasil keputusan culture and sensitivity (C&S) regime antibiotic mungkin bertukar. Bergantung kepada keputusan ujian C&S dan tindakbalas pesakit terhadap rawatan.

Sunday, March 14, 2010

Kata aluan PASRA sempena AGM 27 mac 2010

Assalamualaikum wtb

Bersyukur kita terhadap allah SWT kerana dapat sekali lagi kita berjumpa dalam AGM PASRA kali ketiga. Walaupun ramai menjangka riwayat persatuan kita tak lama, tetapi ia kekal sampai kehari ini. Tidak sia sia jerih payah kita menubuhkannya 3 tahun yang lepas.

Saudara saudari

Usaha lebih sedikit yang kita buat hari ini bukan lah untuk kepentingan diri kita sendiri. Ianya untuk anak cucu kita. Inilah yang telah di buat oleh organisasi dan Negara maju di dunia. Kita tidak akan dapat nikmat islam sekarang dan rasa aman jika tiada pengorbanan umat dulu dan datuk nenek kita. Jika orang dulu mengambil sikap asal saya cukup makan, cukup tidur , tiada orang kacau sudah memadai tanpa usaha lebih membangunkan islam dan berjuang demi Negara, kita mungkin terus di jajah dan mundur atau mungkin bukan beragama islam.

Berpesatuan penting untuk menyelesaikan masalah bersama, bergaul, dan tolong menolong. Melihat contoh Yayasan Al-Bukhari yang merupakan orang ke enam terkaya di Malaysia dengan asset berjumlah lebih RM 6 billion menaikkan semangat kita. Kita juga boleh menjadi seperti mereka. Marilah kita bersatu, menjalankan aktiviti bersama agar kita menjadi asas kebanggaan anak cucu kita. Menjadi ummat terbaik, pemimpin terbaik dan organisasi terbaik yang di hormati oleh ummat lain.
Percayalah suatu hari nanti kita akan menjadi lebih hebat dari Yayasan Al- Bukhari, tauke Genting highland, tauke Public bank, dan tauke Petronas, jika kita bersatu, berkerja dan berkorban lebih sikit untuk kepentingan generasi akan datang.

Sekian selamat bermesyuarat.

Dr Mohd Rosli Majid
Pengerusi

Wednesday, December 9, 2009

self interest leadership

Pemimpin : Bertindak demi kepentingan diri atau organisasi
(Agama, Bangsa dan Negara)?
1. “This is the most stupid statement I ever heard”. Kenyataan ini di buat pemimpin berdasarkan apa. Adakah kenyataan itu berdasarkan emosi atau betul fakta kebenarannya. Jika berdasarkan fakta apa bukti dan hujjahnya.
2. Kenyataan sepatutnya tertumpu kepada isu bukan di ubah kepada emosi. Ini melambangkan kebebalan dan kebengkrapan hujah untuk menegak kebenaran. Pemimpin yang baik mesti sanggup dan berani menerima kebenaran walaupun bertentangan dengan kepentingan diri. Barulah Negara dan organisasi boleh maju. Menegakkan benang basah hanya membuang masa dan menjadikan budaya menafi kebenaran menjadi subur.
3. Jika salah di anggap benar , maka dunia akan huru hara, peraturan tidak di ikuti, Negara tidak akan maju dan rakyat berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Seperti memasang tayar kereta terbalik tapi di anggap betul , maka kereta akan termasuk gaung; juga jika ubat untuk menurunkan darah tinggi di beri salah, atau yang lebih teruknya, ubat salah dianggap betul maka orang itu akan mati akibat sakit jantung dan kepala. Jika kesalahan ini tidak disedari dan di betulkan semua orang akan mengalami nasib yang sama.
4. Ciri kepimpinan yang paling tinggi dan berkesan adalah pimpinan melalui teladan. Pemimpin mesti bercakap benar, boleh di percayai, dan cakap serupa bikin. Cakap atas angin tanpa fakta dan pembuktian yang kukuh dan janji manis yang kosong akan menghilangkan kepercayaan dan hormat anak buahnya. Pemimpin mesti cemerlang dulu, baru boleh menyuruh anakbuahnya cemerlang. (amalkan 3 magic word, “thank, sorry, please”).
5. Jika sesuatu berita di terima ia kena siasat dulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan keputusan. “ wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah terlebih dahulu, di takuti kamu menimpakan bencana kepada seseorang yang kemudian kamu menyesal kerananya ( Quran).
6. Fikirkan jika anak buah tidak sependapat dengannya, jika ia di pecat adakah ia memenuhi kepuasan hati pemimpin atau organisasi. Jika organisasi akan kehilangan orang yang berkaliber, organisasi menjadi cacat kerana orang itu telah di pecat, ini keputusan yang tidak bijak.
7. Juga penahanan pangkat atau pinggat di buat atas dasar conflict dan kepentingan peribadi; walaupun anakbuah itu telah lama layak , menyebabkan semangat kerjanya luntur dan ini akan merugikan organisasi dari segi productivity dan idea. Adakah pangkat dan pinggat itu pemimpin boleh pakai seorang , sampai di kemut dan di bawa ke kubur yang gelap gulita, yang akan menjadi ulat dan memakan dirinya sendiri.
8. Tindakan disiplin ( dipecat, dihukum penjara dengan kerja berat, di pindahkan, di beri amaran dan dikurangkan gaji) mesti di jelaskan terlebih dahulu dan di jalankan mengikut peringkat.
9. Contohnya. Ini bukti vedio awak selalu tidur ( saya datang kerja awak tidur, bila saya balik awak tidur juga), tak buat kerja atau kerja di buat tapi separuh jalan dan ala kadar, ini 3 surat amaran datang lewat dan ponteng kerja, selalu melawan dan menegakkan benang basah ( hujah salah fakta tapi nak menang juga, seperti tanda orang munafik), tiada adap dengan orang tua, rakan atau suami isteri dan ketua ( taatlah Allah, Rasul dan ketua yang betul di kalangan kamu), tiada pengorbanan, kerja sikit gaji nak banyak, telah di buktikan mencuri , dll kesalahan mengikut peraturan kerja, undang undang Negara, shariah dan ketenteraan .
10. Lebih banyak dorongan semangat, pujian, dan pemberian anugerah sepatutnya diberi berbanding dengan tindakan disiplin. Ia mengikut formula 99 nama Allah yang baik, iaitu jika 1 perkara negative dibuat, atau di sebut , ia mesti di seimbangkan dengan 99 perkara atau perkataan positive.
11. Untuk membolehkan pemimpin berfungsi dengan lebih berkesan ia mestilah mempunyai personality pemimpin, kelulusan ilmu yang di iktiraf luas dan mendalam, serta berpengalaman luas dalam pimpinan organisasi. Juga mempunyai wawasan yang ingin di capai dan di terima oleh semua pengikutnya. Contoh pemimpin koperasi ingin supermarket atau one stop center ditempatnya yang boleh menyelesaikan semua masalah dan keperluan penduduknya. Vision ini jika di sokong dan di bantu oleh kerajaan , dan ahlinya memang hendak supermarket itu, ianya akan tercapai.
12. Pemimpin mesti Menerima kelebihan dan kekurangan diri yang di kurniakan Allah( self esteem) dan cuba membaikinya dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan organisasinya. Ia mesti memahami organisasi dan ahlinya dahulu baru mereka boleh memahaminya.
13. Ia dapat memotivasi dan menyatukan semua orang bekerja kearah satu tujuan demi kepentingan semua orang bukan diri sendiri. Maka organisasi akan Berjaya dengan cemerlang.
14. Perbincangan dan mesyuarat yang kerap diadakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah (collective responsibility) boleh mengelak pemimpin dari terperangkap dengan kepentingan peribadi. Budaya bodek, menutup kebenaran jika ia bertentangan dengan pendapat pemimpin mesti di elakkan. Kecintaan kepada organisasi, agama dan Negara mestilah lebih dari kecintaan kepada kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Berani kerana benar, bukan berani kerana nak bodek ketua, atau kawan walaupun ianya salah. Nanti semuanya akan rosak binasa termasuk orang yang bodek buta tu.
15. Mohon perbincangan lanjut.

Tuesday, December 8, 2009

THE ROLE OF CEO

PERANAN CEO (ketua pegawai executive):

1. Sebagai pemimpin(1) bukan boss.
2. Menjalankan perniagaan .A CEO runs a business.
3. Memaksimakan nilai saham. A CEO’s primary role is to maximize shareholder value.
4. Memaksimakan keuntungan, aliran tunai dan nilai perniagaan. To maximize profit, cash flow and the value of the business.
5. Mencipta wawasan perniagaan yang kuat. A CEO’s primary activity is creating and communicating a strong vision for the business.
6. Minat kepada memasarkan perniagaan secara berkesan. A CEO is keenly interested in the effective marketing of the business.
7. Mencari peluang perniagaan baru dan menguatkan perniagaan sedia ada. A CEO is always looking to leverage the strengths of the business into new markets or to do more business in the existing market.
8. Membena budaya coorporate yang cemerlang, seperti bekerjasama, tolong menolong, gotong royong, senyum, mengutamakan kecemerlangan, bekerja kuat dan berhati baik.A CEO manages the culture of the business by promoting the most deeply held values and beliefs of the organization.
9. Melihat kepada benda besar dan consept secara keseluruhan. A CEO looks at the big picture.
10. Dia tidak mengurus secara micro dan melihat perkara teknikal yang kecil. A CEO does not micro manage.
11. Ia memberikan kerja kepada orang dan kumpulan yang betul betul baik dan profesional dan berhati hati dalam memilih pasukannya. A CEO delegates to a carefully chosen team.
Selamat berjaya kepada semua CEO yang mengurus organisasinya. All the best.

It’s time to decide.
So what are you? Dentist(2) or CEO?
A dentist is someone who fixes teeth.
An associate is a dentist. They come to work every day, fix teeth and go home.
If you own a practice, it means that at some point you decided to stop being a dentist and become a CEO:
If a court of law accused you of being a CEO would they have enough evidence to convict you?
If you think your role is to be nice to patients and staff and give painless injections then you are a dentist not a CEO.

Note:
1. Lihat ciri kepimpinan dan teori style pimpinan: ( Nabi, pimpinan islam, petunjuk quran, pemimpin Negara, ulamak, dan pemimpin popular dunia; Ghandi, obama, Ibrahim lincon dll)
2. Begitu juga dengan guru, jaga, askar, policeman, pensyarah, peguam, hakim, juruterbang dan jurutera dll.