Siapa itu Dr Mohd Rosli Al-Jeed

Biodata penulis
Dr Mohd Rosli bin Majid di lahirkan pada 17 jan 1965 di Tg Karang Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan mendapat ijazah sarjana muda pembedahan pergigian (BDS) dalam tahun 1993. Setelah menjalani latihan asas tentera (MODO) beliau mula bekerja di didalam ATM di kem Sri Kinabatangan Sandakan Sabah dalam tahun 1993 sebagai pegawai pemerintah. Seterusnya bekerja di 95 hospital angkatan tentera Kinrara, dan kemudiannya di tugaskan ke Bosnia bersama kapal logistic KD indrapura. Pada tahun 1996 beliau berkhidmat di kem terendak Melaka dan mengikuti kursus akaun perkhidmatan pegawai di IPDA kerana beliau merupakan pegawai kira kira wisma bentara. Oleh kerana kegawatan ekonomi biasiswa tidak dapat di berikan tetapi beliau telah berusaha sendiri belajar di UiTm Lendu Melaka dan mendapat Diploma pentadbiran Awam. Tajuk thesis adalah kepuasan hati pesakit terhadap rawatan di klinik tentera. Beliau juga telah mengikuti kursus Staf duty di IPDA. Pada tahun 2000 beliau telah melanjutkan pelajaran di United Kingdom dan seterusnya di postingkan ke Kuching Sarawak pada tahun 2002 . Beliau telah mendapat Corporate Master in Business Administration (CMBA) dari University Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2005. Tajuk thesis adalah “ Health Tourism in Kuching Sarawak”. Pada 2007 beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang master in public health (MPH oral health) di Universiti Malaya. Tajuk thesis adalah “ oral health status and impacts among first year cadet of UPNM”. Dalam bidang organisasi dan kepimpinan beliau pernah menjadi exco pendidikan PMUM, pengerusi kerohanian dan adap sopan Kolej Ibnu Sina, Timbalan penghulu “Leed Malay community”, Pengerusi jawatan kuasa penduduk (Pasra), pengasas dan pengerusi koperasi (Kopas), pengerusi AJK pemuafakatan penduduk dan setiausaha yayasan Al-Jeed. Beliau minat menulis , berceramah dan berkongsi ilmu, dan tulisannya boleh di dapati di dalam blog; www. Al-jeed –ilmiah.blogspot.com. beliau boleh di hubungi melalui e mail ; roslimj@yahoo.com dan telepon ; 012-2830978