Wednesday, December 9, 2009

self interest leadership

Pemimpin : Bertindak demi kepentingan diri atau organisasi
(Agama, Bangsa dan Negara)?
1. “This is the most stupid statement I ever heard”. Kenyataan ini di buat pemimpin berdasarkan apa. Adakah kenyataan itu berdasarkan emosi atau betul fakta kebenarannya. Jika berdasarkan fakta apa bukti dan hujjahnya.
2. Kenyataan sepatutnya tertumpu kepada isu bukan di ubah kepada emosi. Ini melambangkan kebebalan dan kebengkrapan hujah untuk menegak kebenaran. Pemimpin yang baik mesti sanggup dan berani menerima kebenaran walaupun bertentangan dengan kepentingan diri. Barulah Negara dan organisasi boleh maju. Menegakkan benang basah hanya membuang masa dan menjadikan budaya menafi kebenaran menjadi subur.
3. Jika salah di anggap benar , maka dunia akan huru hara, peraturan tidak di ikuti, Negara tidak akan maju dan rakyat berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Seperti memasang tayar kereta terbalik tapi di anggap betul , maka kereta akan termasuk gaung; juga jika ubat untuk menurunkan darah tinggi di beri salah, atau yang lebih teruknya, ubat salah dianggap betul maka orang itu akan mati akibat sakit jantung dan kepala. Jika kesalahan ini tidak disedari dan di betulkan semua orang akan mengalami nasib yang sama.
4. Ciri kepimpinan yang paling tinggi dan berkesan adalah pimpinan melalui teladan. Pemimpin mesti bercakap benar, boleh di percayai, dan cakap serupa bikin. Cakap atas angin tanpa fakta dan pembuktian yang kukuh dan janji manis yang kosong akan menghilangkan kepercayaan dan hormat anak buahnya. Pemimpin mesti cemerlang dulu, baru boleh menyuruh anakbuahnya cemerlang. (amalkan 3 magic word, “thank, sorry, please”).
5. Jika sesuatu berita di terima ia kena siasat dulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan keputusan. “ wahai orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah terlebih dahulu, di takuti kamu menimpakan bencana kepada seseorang yang kemudian kamu menyesal kerananya ( Quran).
6. Fikirkan jika anak buah tidak sependapat dengannya, jika ia di pecat adakah ia memenuhi kepuasan hati pemimpin atau organisasi. Jika organisasi akan kehilangan orang yang berkaliber, organisasi menjadi cacat kerana orang itu telah di pecat, ini keputusan yang tidak bijak.
7. Juga penahanan pangkat atau pinggat di buat atas dasar conflict dan kepentingan peribadi; walaupun anakbuah itu telah lama layak , menyebabkan semangat kerjanya luntur dan ini akan merugikan organisasi dari segi productivity dan idea. Adakah pangkat dan pinggat itu pemimpin boleh pakai seorang , sampai di kemut dan di bawa ke kubur yang gelap gulita, yang akan menjadi ulat dan memakan dirinya sendiri.
8. Tindakan disiplin ( dipecat, dihukum penjara dengan kerja berat, di pindahkan, di beri amaran dan dikurangkan gaji) mesti di jelaskan terlebih dahulu dan di jalankan mengikut peringkat.
9. Contohnya. Ini bukti vedio awak selalu tidur ( saya datang kerja awak tidur, bila saya balik awak tidur juga), tak buat kerja atau kerja di buat tapi separuh jalan dan ala kadar, ini 3 surat amaran datang lewat dan ponteng kerja, selalu melawan dan menegakkan benang basah ( hujah salah fakta tapi nak menang juga, seperti tanda orang munafik), tiada adap dengan orang tua, rakan atau suami isteri dan ketua ( taatlah Allah, Rasul dan ketua yang betul di kalangan kamu), tiada pengorbanan, kerja sikit gaji nak banyak, telah di buktikan mencuri , dll kesalahan mengikut peraturan kerja, undang undang Negara, shariah dan ketenteraan .
10. Lebih banyak dorongan semangat, pujian, dan pemberian anugerah sepatutnya diberi berbanding dengan tindakan disiplin. Ia mengikut formula 99 nama Allah yang baik, iaitu jika 1 perkara negative dibuat, atau di sebut , ia mesti di seimbangkan dengan 99 perkara atau perkataan positive.
11. Untuk membolehkan pemimpin berfungsi dengan lebih berkesan ia mestilah mempunyai personality pemimpin, kelulusan ilmu yang di iktiraf luas dan mendalam, serta berpengalaman luas dalam pimpinan organisasi. Juga mempunyai wawasan yang ingin di capai dan di terima oleh semua pengikutnya. Contoh pemimpin koperasi ingin supermarket atau one stop center ditempatnya yang boleh menyelesaikan semua masalah dan keperluan penduduknya. Vision ini jika di sokong dan di bantu oleh kerajaan , dan ahlinya memang hendak supermarket itu, ianya akan tercapai.
12. Pemimpin mesti Menerima kelebihan dan kekurangan diri yang di kurniakan Allah( self esteem) dan cuba membaikinya dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan organisasinya. Ia mesti memahami organisasi dan ahlinya dahulu baru mereka boleh memahaminya.
13. Ia dapat memotivasi dan menyatukan semua orang bekerja kearah satu tujuan demi kepentingan semua orang bukan diri sendiri. Maka organisasi akan Berjaya dengan cemerlang.
14. Perbincangan dan mesyuarat yang kerap diadakan bagi menyelesaikan sesuatu masalah (collective responsibility) boleh mengelak pemimpin dari terperangkap dengan kepentingan peribadi. Budaya bodek, menutup kebenaran jika ia bertentangan dengan pendapat pemimpin mesti di elakkan. Kecintaan kepada organisasi, agama dan Negara mestilah lebih dari kecintaan kepada kepentingan peribadi, keluarga dan kroni. Berani kerana benar, bukan berani kerana nak bodek ketua, atau kawan walaupun ianya salah. Nanti semuanya akan rosak binasa termasuk orang yang bodek buta tu.
15. Mohon perbincangan lanjut.

1 comment:

al jeed said...

Melayu suka bodek , kerana tak suka berkonflik terutama terhadap orang yang berkuasa terhadapnya. kalau tak betul atau tak tahu kebenarannya lebih baik diam dari menyokong membuta tuli. sokong jika benda yang di buat nyata baik, dan beri nasihat jika terdapat penyelewengan yang jelas.