Sunday, March 14, 2010

Kata aluan PASRA sempena AGM 27 mac 2010

Assalamualaikum wtb

Bersyukur kita terhadap allah SWT kerana dapat sekali lagi kita berjumpa dalam AGM PASRA kali ketiga. Walaupun ramai menjangka riwayat persatuan kita tak lama, tetapi ia kekal sampai kehari ini. Tidak sia sia jerih payah kita menubuhkannya 3 tahun yang lepas.

Saudara saudari

Usaha lebih sedikit yang kita buat hari ini bukan lah untuk kepentingan diri kita sendiri. Ianya untuk anak cucu kita. Inilah yang telah di buat oleh organisasi dan Negara maju di dunia. Kita tidak akan dapat nikmat islam sekarang dan rasa aman jika tiada pengorbanan umat dulu dan datuk nenek kita. Jika orang dulu mengambil sikap asal saya cukup makan, cukup tidur , tiada orang kacau sudah memadai tanpa usaha lebih membangunkan islam dan berjuang demi Negara, kita mungkin terus di jajah dan mundur atau mungkin bukan beragama islam.

Berpesatuan penting untuk menyelesaikan masalah bersama, bergaul, dan tolong menolong. Melihat contoh Yayasan Al-Bukhari yang merupakan orang ke enam terkaya di Malaysia dengan asset berjumlah lebih RM 6 billion menaikkan semangat kita. Kita juga boleh menjadi seperti mereka. Marilah kita bersatu, menjalankan aktiviti bersama agar kita menjadi asas kebanggaan anak cucu kita. Menjadi ummat terbaik, pemimpin terbaik dan organisasi terbaik yang di hormati oleh ummat lain.
Percayalah suatu hari nanti kita akan menjadi lebih hebat dari Yayasan Al- Bukhari, tauke Genting highland, tauke Public bank, dan tauke Petronas, jika kita bersatu, berkerja dan berkorban lebih sikit untuk kepentingan generasi akan datang.

Sekian selamat bermesyuarat.

Dr Mohd Rosli Majid
Pengerusi

No comments: