Monday, March 15, 2010

Mengapa Jangkitan dan pembengkakan muka berlaku

Jangkitan- pembengkakan muka

Pendahuluan:

Jangkitan muka biasa berlaku di dalam amalan perawatan perubatan dan pergigian. Kebanyakanya berasal dari struktur luar seperti kulit , tisu subkutis dll dan biasanya senang di kenal pasti dan di rawat.

Jangkitan yang berasal dari struktur dalam boleh jadi teruk, cepat merebak dan boleh menyebabkan keaskitan yang berpanjangan, komplikasi yang lama dan boleh membahayakan nyawa.


Puncanya
kebanyakan puncanya dari gigi, tulang rahang , kelenjar air liur dan penyakit lain


Gigi boleh menyumbang jangkitan melalui


1) kerosakan gigi yang sampai ke pulp yang mengakibatkan inflamasi (pulpitis)

2) kumpulan nanah di periapical gigi yang terjadi di gigi yang Nampak vital tetapi menuju kematian seperti trauma, retak atau rosak di bawah tampalan.

3) Abscess periapical dan periodontal boleh terbentuk hasil daripada keradangan gingival yang teruk dan kehilangan sokongan tulang dan tisu lembut ( penyakit periodontal)

4) gigi yang baru nak tumbuh biasanya gigi graham bongsu bawah boleh menghasilkan keradanagn dan jangkitan pada operculum (gusi) mencegahnya dari tumbuh dengan pembengkakan bernanah dll di sekeliling gigi.

rahang

1) boleh membentuk cust atau tumor yang berasal dari kegigian (odontogenik)

2) osteomyelitis , walaupun jarang boleh menghasilkan jangkitan yang teruk seperti di jelaskan diatas.

3) Osteoradionecrosis terjadi di kawasan rahang yang telah terkena radiasi lebih lebih lagi yang ada trauma seperti cabutan gigi.

4) jangkitan di sebabkan Tuberculosis, actinomycosis dan syphilitic osteomyelitis selalunya jarang terjadi

5) kebanyakan patah rahang di kawasan dekat segmen gigi di takrifkan berada di kawasan kaviti oral dan dengan senang boleh di jangkiti oleh microb oral.

6) Cabutan di kawasan patah jarang terjadi infection.


kelenjar air liur besar


1) mungkin subject samada virus atau jangkitan bacteria yang menyumbat saluran air liur(duct) biasanya terdiri daripada batu, stricture dan seumpamanya.

Sinus Paranasal


1). Mungkin jangkitan primary ( pertama), tersumbat dan hasil dari pembengkakan muka.

2) boleh jadi jangkitan kedua jangkitan pada gigi masuk kedalam sinus maksila ( biasa nya gigi atas premolar dan molar)

3) tumor atau cyst yang menjadi berjangkit

4) patah seperti lantai orbital dan di tafsirkan di luar kawasan mulut dan boleh menghasilkan orbital celulitis.


Rawatan


Antibiotic sahaja tidak akan Berjaya memulihkan jangkitan muka yang dalam. Kebanyakan jangkitan ada mempunyai sebab yang tertentu dan hanya rawatan pembedahan sahaja akan Berjaya mencegah ianya dari menjadi lebih teruk atau berjangkit semula ( pembedahan membuang penyebab jangkitan dan membuang nanah yang terkompol.)

Di dalam kes baru rawatan pembedahan boleh jadi semudah rawatan kanal akar pada gigi yang di kenalpasti atau pilihan lain adalah cabutan gigi yang biasanya di buat oleh doctor gigi di ikuti oleh memakan antibiotic.

Kes yang lebih teruk memerlukan pesakit di masukkan ke wad segera untuk tujuan menghalang jangkitan dengan pemberian antibiotic di ikuti oleh pembedahan segera untuk membuang penyebabnya dan membuat insisi dan pengaliran ruang tisu yang terlibat.

Kes ini memerlukan teknik kepakaran penembusan endotracheal fiberoptic yang di buat beberapa hari dan biasanya mungkin memerlukan pembedahan kecemasan ruang udara seperti cricothyrotomy atau tracheostomy.

Kes ini akan memerlukan unit rawatan rapi (ICU) selepas pembedahan sehingga keselamatan ruang udara dan pernafasan pesakit dapat di pulihkan.

Mengikut ilmu pembedahan kebanyakan kes boleh di buat melintasi kawasan oral. Pembuangan penyebab jangkitan biasanya gigi atau batu , di ikuti oleh insisi dan saliran.

Elakkan dari memotong memalui kulit muka kerana di situ terdapat saraf muka dan untuk memeliharanya serta dapat mengelak paruk yang akan menghasilkan keputusan yang teruk ( kecacatan muka)

ruang submandibuklar dan sublingual yang di penuhi dengan nanah kena di salirkan “transcutancously.” Melalui insisi pada leher.

Broad spectrum antibiotics are usually started pending cultured & sensitivity (C & S) results. The antibiotic regime may be changed based on the C&S results and patient’s response to treatment.

Antibiotic jenis broad spectrum biasanya di mulakan sementara menunggu kasil keputusan culture and sensitivity (C&S) regime antibiotic mungkin bertukar. Bergantung kepada keputusan ujian C&S dan tindakbalas pesakit terhadap rawatan.

No comments: