Thursday, March 18, 2010

mengenali diri dan keluarga kita (bagaimana menjadi orang hebat)

Mengenal diri dan keluarga kita ( siapa tok keramat balik pulau)

1. Salasilah keluarga ada di sebutkan nama tok keramat balik pulau nenda kepada to’ Jamaliah binti abu bakar.
2. Ianya di katakan wali besar di zamannya.
3. Apa itu wali dan apa peranannya, bagaimana mencapainya, dan apa keistemewaannya
4. Banyak persoalan yang timbul dalam membincangkan hal ini yang sukar di gambarkan oleh fikiran orang awam; Apa pula istilah sebenar roh, nafsu, ilham, ilmu laduni, alam malakut, jabarut dan alam lukut. Bagaimana seseorang boleh mendapat mimpi badannya bergerak keserata tempat sedangkan jasadnya sedang tidur. Apa yang di istilahkan dengan 7 lapis nafsu. Apa maksud warid , nur, zhuaz , mata basirah, fana dan baka’.
5. Bagaimana setengah orang mendapatnya , percaya dengan penuh yakin dan setengahnya mengengkarinya dan mengatakan ianya Cuma karut dan bidaah. Bagaimana menerangkan ilmu ini supaya orang faham , keluarga tidak terkeliru.
6. Kita merasa pelik kenapa Ramai di kalangan ahli keluarga kita yang bila meningkat umur yang melebihi 40 tahun menjadi tidak gemar bersocial, suka bersendiri, tidak banyak bicaranya , sedangkan di zaman mudanya active berpolitik , berpersatuan, berniaga dan bertani. Adakah di sebabkan keturunan kita begitu, asalnya dari wali dan memang jalannya begitu.
7. Dalam Diri kita ada roh dan nafsu yang asalnya mengetahui alam ghaib dan mengenal tuhan
a. “Apabilanya di Tanya tuhan kepadanya, siapakah aku, maka ia berkata kau lah tuhan ku”
b. Roh berbentuk seperti kita, boleh mendengar dan berkata, boleh bergerak, merasa sakit, marah dan sebagainya. Ini lah yang terjadi apabila kita mimpi.
8. Perjalanan menuju makrifat Allah, memerlukan jalan berzikir bagi membersihkan hati . bila hati telah bersih, maka level nafsu terendah iaitu nafsu amarah akan naik ketahap lebih tinggi kepada nafsu mutmainah dan lebih tinggi lagi. Di sini tuhan akan memberi nur atau warid yang mana ia merasa sendiri kebesaran Allah dalam hatinya
9. Ia merasa Tidak seperti orang tauhid merasa kebesaran Allah dengan melihat wujudnya matahari, bulan , bintang dan lain lain tanda kebesaran Allah. Ia merasa dengan rasa yang sebenar.
10. Lazatnya ia berzikir dan beribadat tidak seperti orang syariat yang mengejar pahala sahaja di mana ibadatnya tidak khusuk dan lahiriah sahaja, tetapi mereka merasa lazat beribadah, dan mengingat tuhan dengan khusuk atau zhuaz di hati ( surah al-mukminun).
11. Keadaan ini tidak dapat di gambarkan melainkan orang itu merasa sendiri, seperti orang melihat keindahan buah durian, yang lebih tinggi lagi apabila ia mengopak kulit dan melihat isinya yang cantik dan mengiurkan. Tetapi apabila ia makan baru ia merasa lazat dan nikmatnya. Orang syariat tidak ada pengalaman ini, sebab itu mereka mengingkarinya kerana ia melihat durian dari luar sahaja.
12. Apabila lazat berzikir telah di rasa, nur atau warid akan wujud dimana akhlak nya menjadi bertambah baik dan nafsunya dapat di kawal. Setengah mendapatnya cepat dan yang lainnya lambat kerana terhijap atau tidak serious .
13. Dalam proses mendapatkan jalan menuju makrifat ketuhanan ini , ada di kalangan kita yang keliru oleh sebab tiada ilmu atau petunjuk guru atau tidak berbincang dengan rakan atau saudara mengenai pengalaman dan masalah yang di alami.
14. Kekeliruan ini menyebab kan ia menyendiri, tak berapa pasti jalan yang di lalui itu betul atau salah dan samada ingin meneruskan ibadat atau zikir secara istiqomah atau tidak. Ini lah ujian di tambah jika syaitan menjadikannya was was.
15. Itulah penting suluk atau bertapa atau beribadat tidak boleh bersendiri mesti bersama teman dan berjemaah.
16. Ada yang bertapa untuk mendapatkan kadim dan ada yang suluk untuk mendapat ilmu keduniaan seperti ilmu kuat dan kebal. Tetapi suluk untuk mendapat makrifat Allah dan membersihkan hati dari sifat tercela itu yang di benarkan dan akan di berikan 20 kelebihan (karomah) di dunia dan 20 kelebihan di akhirat sebagaimana di tulis oleh Imam Al- Ghazali.
17. Orang yang bertapa atau berzikir untuk ilmu dunia juga di beri kelebihan segera tetapi ianya bersahabat dengan khadim.
18. Ada dua jenis khadim mengikut fahaman sufiah ( kumpulan yang mensucikan hati dari sifat dan nafsu tercela dan mendapat makrifat Allah) iaitu
a. Khadim jenis rendah dan jahat terdiri dari jin dan syaitan. Jenis ini di dapati oleh bomoh dan orang yang mengamalkan ilmu sihir dan belaan hantu. Mereka membantu untuk kepentingan dunia dan kejahatan yang menyesatkan ( surah al jin). Kehebatan Ini biasanya dapat kepada orang awam yang hati dan nafsunya tidak bersih (istidrat)
b. Khadim jenis tinggi dimana ianya terdiri dari roh wali, malaikat dan jin yang soleh ( surah al-jin, ayat 11) yang di ciptakan untuk membantu manusia. Roh wali boleh membantu sebagaimana ia membantu ketika ia masih hidup dengan amalan tertentu . ianya boleh menolong sesiapa sahaja ( melalui orang yang hatinya bersih dan nafsunya terkawal dan amalannya hanya untuk redho Allah) yang meminta tolong asalkan untuk tujuan baik dan demi kemaslahatan agama ( hujah panjang lebarnya boleh di rujuk pada kitab sufi dan mengenal wali). Itu di namakan tawasul terhadap arwah yang hidup yang sanggup menolong sebagai wasilah mengikut peraturan sunnah Allah sebagaimana kita berpegang pada kenyang dengan sebab memakan nasi, memotong dengan pisau , api membakar. Api tidak boleh membakar dan pisau tidak boleh memotong, ubat tidak boleh menyembuh tanpa izin Allah. Ini mungkin terjadi kerana makbulnya doa wali supaya ia dapat menolong manusia semasa hidup dan sesudah mati ( antara 20 kelebihan wali didunia). Ada setengahnya memanggil mereka rijal ghaib.
19. Dalam amalan sufiah, beramal untuk mensucikan hati dan mendapat makrifat Allah adalah yang utama. Jika ia Berjaya mencapainya segala kekeramatan dan kelebihan sebagai wali akan di perolehi setelah melalui proses mendapat nur (warid), zhuaz, alam fana dan alam baka’. Ia tidak memerlukan bantuan khadim seperti diatas. Amalan mereka bukan untuk mendapat pahala seperti 18 (b) di atas tetapi hanya untuk mendapat makrifat dan rhedo Allah.
20. Jika ada di kalangan keluarga dan sahabat kita berada di alam kekeliruan dan alam fana (tahap Gila ketuhanan atau gila zikir dan tidak sedar diri di bumi kerana roh dan hatinya di alam lain), kita kena sedarkan dia dan cepat melalui proses itu dan kembali ke level alam baka segera, agar tidak menimbulkan fitnah kepada orang awam yang lain. Keadaan ini terjadi di sebabkan lazatnya beribadat dan asyik sehingga terlupa dan terlatah. Ini terjadi samalah seperti orang yang gila memencing, sehingga lupa anak isteri, gila game sehingga lupa pelajaran dan gila pada puteri cantik sehingga sanggup berperang dan meninggalkan tanggungjawap kenegaraan.
21. Perkara ini di nyatakan kerana telah terdapat tanda di kalangan ahli keluarga begitu, dan kita kena faham proses menuju makrifat ini apabila ia menyendiri dan meninggalkan kehidupan dunia ( kerana dalam proses melawan kehendak dunia dan nafsu jahat). Selepas ia kembali ke level alam baka’ mereka akan kembali aktif dan menjadi lebih hebat dan pimpinannya di terima ramai kerana akhlaknya yang terpuji dan memiliki ilham melalui ilmu ladhuni. Perlu di ingat nabi dan orang hebat hebat di dunia pernah menyendiri sebelum mereka menjadi pemimpin hebat dunia.
22. Ilmu Allah sangat luas, jika 7 lautan dijadikan tinta nescaya tidak akan habis di tulis walaupun di datangkan 7 lautan lagi serupa itu (al-quran).
23. Perlu perbincangan lanjut

HATINYA HEBAT DAN BERSIH

rujukan
1. quran
2. kitab wali dan sufi
3. mengenal diri dan wali

No comments: