Thursday, December 3, 2009

the power of DOA

DOA UNTUK AYAHANDA DAN BONDA
1. Alfatihah
2. Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
3. Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam
4. Selawat dan salam sejahtera keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW
5. Ya allah tuhan yang memiliki seluruh alam, yang maha kuasa, tuhan yang memperkenankan segala permintaaan , ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil.
6. Jadikanlah hati hati kami sekeluarga bertaut, berkasih sayang sesama saudara, sahabat, jiran,dan rakan kerana sesungguhnya “ julung julung kekuatan itu adalah kekuatan perpaduan, tidak tercapai ianya melainkan adanya persaudaraan, tidak tercapai ianya melainkan adanya kasih sayang dan kemesraan, dan serendah rendah persaudaraan adalah sangka baik terhadap saudaranya ”.
7. Ya Allah tuhan yang maha esa, tempat meminta segala sesuatu, tuhan yang tidak beranak dan tidak di peranakkan, dan tidak ada sesuatupun yang setara dengannya , Perkenankanlah permintaan kami. Tunaikan hajat kami apabila kami memerlukan, dan berilah petunjuk apabila kami dalam kekeliruan dan memerlukannya.
8. Ya Allah yang menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa , yang mana jika quran itu di turunkan pada gunung, pasti gunung itu akan tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah . Quran yang menjadi penerang dan teman di dalam kubur. Jadikanlah kubur ayahanda dan bonda terang benderang, dan menjadi tempat istirehatnya yang baik, bukan di sebabkan memang amalannya yang rajin membaca quran di waktu malam tetapi di sebabkan besarnya rahmatmu ke atasnya.
9. Disebabkan rahmatmu jualah Allah yang maha penentu segala takdir, keduanya meninggal di hari dan malam jumaat di mana nabi saw telah bersabda dia termasuk dalam 10 golongan yang mayatnya tidak busuk dan reput. Ya Allah dengan rahmat kurniamu, jadilah keduanya termasuk ke dalam golongan orang soleh dan masukkanlah keduanya kedalam surga mu dengan tubuhnya yang asal.
10. Ya Allah, yang tidak ada tuhan selain dia, tuhan yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, yang maha pengasih lagi penyayang, Raja yang maha suci, yang maha sejahtera, yang menjaga keamanan, yang memelihara keselamatan, yang maha perkasa, yang maha kuasa, yang memiliki segala keagungan. Dialah yang mencipta, yang mengadakan, yang membentuk rupa , yang maha bijaksana dan memiliki nama nama yang paling baik . jauhilah kami dari sifat syirik, takut kepada benda selain engkau.
11. Buangkan kebesaran mahluk dalam diri kami seperti percaya dan takut akan kekuatan jin, hantu raya, polong dll. Jauhkan kami dari takut terkena perbuatan sihir seperti bomoh siam, bomoh orang asli dll kerana mereka semua mahluk yang semua kekuatanya di tangan engkau
12. Jadikanlah iman kami kuat, dan kepercayaan kami kepada kekuasaan mu tidak boleh di gugat oleh kekuasaan mahluk lain. Kami yakin dengan doa dan janjiMU iaitu, “ dengan menyebut nama Allah , yang baik sesuatu di langit mahupun di bumi , tidak akan dapat memberi apa apa mudarat selagi kami berpegang dengan namaMU . Oleh itu jadilah kami kebal terhadap khianat, dan sihir mana mana bomoh, baik dilangit mahupun di bumi, di timur atau barat. Samada dalam bentuk hembusan, minyak, atau benda yang di tanam.
13. Ya allah , sesungguhnya kami berlindung dari tuhan yang menguasai subuh, dari kejahatan mahluk yang di ciptakan, dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dari kejahatan perempuan sihir yang meniup pada talinya, dan dari kejahatan pendengki apabila ia dengki .
14. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada Tuhan manusia, Raja manusia, Sembahan manusia, dari kejahatan setan yang bersembunyi, yang membisikkan kejahatan ke dada manusia, di kalangan jin dan manusia .
15. Ya Allah meneruskan perjuangan ayahanda memang berat, maka jadikan kami bersatu, berat sama di dipikul, ringan sama di jinjing.; hati gajah sama di lapah , hati kuman sama di cicah. Dalam berhadapan dengan musuh dan pesaing, bantulah kami dan jadikan kami tabah dan berani.
16. Kami percaya dengan janjimu; “sesungguhnya meraka tidak akan dapat memudaratkan kamu, kecuali gangguan gangguan kecil dan menyakitkan hati sahaja, jika mereka memerangi kamu, nescaya mereka melarikan diri kalah dan mereka tidak mendapat pertolongan ”.
17. Ya allah kami akan sentiasa bersedia dan melengkapkan diri dengan ilmu agar perjuangan kami berterusan. Muliakanlah kami kerana jika kami kalah dan terhina maka nama islam juga terhina. Kami akan mengikut firmanmu; “ wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan tetaplah dalam keadaan bersabar dan bersiap sedialah diperbatasan negerimu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat kemenangan .
18. Wahai tuhan yang tidak tidur dan tidak letih , jangan lah di bebankan kami beban yang berat melainkan sesuai dengan kemampuan kami .
19. Wahai tuhan yang memperkenankan segala doa, kami berserah diri kepadamu segala urusan di dunia dan akhirat, berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat, ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami serta perkenankan permuhonan kami apabila kami memerlukan.
20. Salawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan segala puji hanya untuk Allah yang maha perkasa dan yang tidak boleh di kalahkan oleh sesiapa.

No comments: