Wednesday, December 2, 2009

THE POWER OF STRONG NETWORK

Kuasa jaringan yang kuat
1. Jaringan komunikasi bermakna jika ada satu keperluan atau masalah orang yang hendak di hubungi telah tersedia dan dapat di hubungi dengan cepat
2. Jaringan yang kuat bermakna jika terdapat keperluan, masalah, perlu bantuan, kesakitan , semua orang dalam jaringan tahu, sedia membantu, senang di hubungi. Kita di percayai dan sanggup berkongsi masalah. Contohnya jika tayar pancit di hutan di tengah malam, atau kita kena serangan jantung sewaktu keseorangan, atau bapa nazak atau anak sakit dan perlu di bawa ke hospital segera pada jam 3 pagi . siapa patut di hubungi dan adakah numbor telepon mereka ada dalam simpanan kita. Jika kita berhajat ingin membuat kenduri kahwin atau menguruskan jenazah adakah saudara mara dan kawan mudah dihubungi?
3. Jentera comunikasi di perlukan seperti seperti TV, Radio, iklan akbar, bena , poster, mulut ke mulut untuk hebahan umum.
4. Zaman moden ini jentera berikut boleh digunakan; internet, blog, geni tree, face book, e-mail,black bere, hand phone dan sms dll.
5. Berapa cepat dan kuatnya bantuan sampai bergantung kepada berapa kuatnya jaringan itu
6. Team dibena agar sanggup bekerjasama senang sama di jinjing, berat sama di pikul..., hati nyamuk sama di cicah , hati gajah sama di lapah dan sanggup kongsi masalah.
7. Ia menggunakan pendekatan buat kecil atau sikit tapi berkuasa tinggi (impactnya besar).
8. Cara bena team
a. Latih gotong royong selalu
b. Project bersama
c. Makan bersama
d. Tahlil dan program yasin
e. Setiap minggu jemput 5 orang makan di rumah
f. Jadilah pakar dalam mengenal kekuatan sahabat
g. Pakar dalam orgonise big event dan tahu struktur organisasi pertubuhan
h. Apa yang penting kerjasama ,
i. Tahu merujuk dan bertanya di tempat yang betul.
9. Letakkan dalam handphone senarai kumpulan
a. adik beradik
b. saudara mara
c. sahabat
d. organisasi kerja
e. kecemasan , bomba, ambulance, polis
f. staff.
g. Organisasi lain, key personnya.
h. Kumpulan gerak cepat dan segera
i. Kumpulan yang rapat
10. Adap dalam membentuk jaringan
a. Sabar
b. Tak mudah kecil hati
c. Pemaaf
d. Akhlak terpuji
e. Bercakap benar dan yang perlu sahaja
f. Ikut peraturan
g. Hormat menghormati
h. Faham orang lain dulu barulah orang lain boleh memahami kita
i. Sentiasa fikir dan amalkan tabiat menang dan menang
j. Amalkan kan mengunakan 3 magic word. Minta maaf (jika salah), terima kasih ( jika di beri) dan tolong ( jika ingin meminta bantuan)
k. Pimpinan melalui teladan dan Cakap serupa bikin. Kita sendiri kena tunjuk jaringan yang baik dan kuat. Ada sahaja masalah , keperluan, kenduri, jemputan kita pergi dulu dan ajak kawan kawan.
11. Sesiapa pun tidak mendapat manfaat dan beruntung melainkan orang yang mengamalkan ilmu ini. Perlu perbincangan lanjut. wallahuaklam

No comments: