Tuesday, December 1, 2009

yayasan al-jeed siri 2

Minit mesyuarat yayasan al-jeed siri 2: 28/11/09
Bertempat di khemah rumah no. 2 lrg 8 arit satu , sg sireh , tg karang , sel.
Kehadiran:
1. Shamsudin ( pengerusi)
2. Mariaton
3. Fatimah
4. Mohd khir ( bendahari)
5. Suhaimi (tidak hadir)
6. Mohd Rosli ( setiausaha)
7. Nasir ( tidak Hadir)
8. Mahmud fauzi
9. Amirulhisham

Pendahuluan:

Pengerusi mengalukan kehadiran semua ahli lembaga pengarah (ALP) dan berasa bersyukur bersempena dengan hari raya kurban ini , yayasan telah Berjaya mengadakan majlis tahlil dan jamuan raya di rumah. 2 ekor kambing telah di sembeleh dan kerja memasak , melapah, dan urusan kenduri semua nya dibuat secara gotong royong adik beradik. Diharap kerjasama ini dapat di teruskan kerana ia menunjukkan perpaduan kita dan menambah kemesraan. Makanan kenduri juga di serahkan kepada anak yatim dan orang miskin. Tujuan mensyuarat kali ini adalah untuk memutuskan hal berbangkit yang belum selesai dan menguatkan keputusan mesyuarat siri satu.

Keputusan :
1. Korum mesyurat adalah cukup kerana 7 dari 9 ALP hadir ( minimum 5 orang) dan mesyurat adalah sah.
2. Fail mesyuarat ALP telah di buat oleh setia usaha yang mengandungi dokumen penting yayasan. Semua ALP di kehendaki membawa fail ini setiap kali meeting.
3. Semua anak cucu cicit adalah ahli Yayasan al-jeed secara automatic dan berhak memberi pandangan. Mereka boleh hadir mesyuarat dan berdebat tetapi keputusan dan undian hanya boleh di buat oleh 9 ALP. Keputusan berdasarkan majority mudah bagi ALP yang hadir. Kuasa tertinggi adalah mesyuarat lembaga.
4. Semua penyewa wajib membayar yuran ahli dulu sebanyak RM 50 sebelum di benarkan menyewa tanah untuk tujuan pentadbiran. Harga sewaan di tetapkan RM 3000 sekeping semusim dan RM15,000 untuk 2 tahun. Concept seperti bank rakyat dan koperasi.
5. Pengerusi tidak setuju adiknya menjadi jaga kerana kerja terikat dan gaji kecil. Lebih baik tumpuan di buat bagi memajukan harta al-jeed yang sedia ada.
6. Project mudah dan mendatangkan pendapatan tinggi adalah peluang yang di beri keutamaan; contohnya:
a. Ikan keli . 100 ekor induk ikan keli boleh mengeluarkan 3 juta anak ( 100ekor* 30,000 anak). Satu ekor anak berharga RM0.30 dan ia memberi pendapatan Rm 900,000. Caranya Senang dan jangkamasa singkat. Anjang khir telah menghadiri kursus ini dan tanah yang boleh di usahakan adalah di mardi ( telah di mulakan) , di lorong 3 dan di lorong 8.
b. Sarang burung. Ramai cina mengusahakannya kerana ia mudah dan pendapatan tinggi. Burung layang wallet tak perlu keluar modal belanja makanannya. Satu kilo sarang burung berharga sehingga RM 10,000. Jika 100 kilo sahaja , pendapatannya boleh sampai satu juta. Project Telah di mulakan dan sarang nya juga telah ada. pengurusnya di perlukan. Gaji 4 angka.
c. Sawah padi. Kerajaan mensasarkan hasil satu ekar RM 10,000 menggunakan konsep moden dan baja kitar semula menjelang 2020. Jika 100 ekar di buat , pendapatannya mencecah RM1,000,000 semusim. Mulakan dengan 12 ekar yang sedia ada yang hasilnya sahaja sebanyak RM 120,000 semusim. Dah boleh buat banglo di kampong tu, ini baru semusim. Dalam 2 tahun ( 120,000*5)= RM 600,000. Dalam masa 4 tahun sahaja dah jadi jutawan.
d. Nursery pokok. Anak pokok dragon fruit berharga RM 10. Jika 1000 pokok untuk di tanam di satu ekar tanah modalnya RM10,000. Penjimatan ini boleh di buat hanya dengan membuat nursery pokok di atas bumbung rumah ( sudah di buat). Begitu juga dengan anak pokok pisang (RM0.60), tebu, dan nenas
7. Isu surat no 5
a. Pengerusi menyatakan ia tidak mengalakkan orang yang jenis suka meminta ( minta sedekah). Falsafah buat apa kerja kuat masa muda, dan simpan tenaga untuk tua adalah salah. Kerja masa muda dan simpan duit untuk hari tua adalah di galakkan dalam islam.
b. Kak ngah memberi pandangan tabung al-jeed mesti di bentuk untuk member pinjaman kepada ahli yang susah. Tapi pinjaman itu mesti di pulangkan balik supaya ia tidak kehabisan dan boleh membantu ahli lain yang susah. Bantuan hanya di beri untuk memulihkan ahli yang terputus mata pencariannya sahaja ( seperti hilang punca pendapatan, di buang kerja dan sementara mencari kerja baru). Hutang untuk membuat rumah dan anak masuk university sahaja juga di benarkan.
c. Anjang mencadangkan di buat system simpanan cara “kutu”. Sesiapa yang ada idea mesti di bincang dalam mesyuarat. Keseorangan dan menyendiri, idea yang bagus dan banyak pun tak akan boleh di laksanakan. Bagi Ahli yang bermasalah dicadangkan agar pengerusi dan ahli lain telephon dan motivasikan (tarbiah) dia selalu.
d. Banyak bantuan kerajaan boleh di perolehi.
i. Air free di Selangor
ii. Keluarga miskin- yuran sekolah dan buku tak perlu bayar.
iii. Jabatan kebajikan dan zakat utk anak yatim dan miskin
iv. KUAM
v. Biasiswa bagi anak yang pandai. Tumpuan dan belajar le kuat sikit.
vi. Jangan hantar anak di sekolah swasta. Sekolah kerajaan lebih baik dan ia free.
vii. Gunakan pengangkutan awam dan jalan kaki lebih menyihatkan badan dan dapat elak stress di waktu jam.
8. Hal hal lain
a. Zakat – bendahari akan kira dan di beri kepada keluarga miskin.
b. Project beli lori dan pasarkan kelapa dan barangan dari kampong ke Bandar
c. Expedisi ke rumah saudara dan lawatan harta sambil bermesyuarat di atas van/ bas mini.
d. Bonus akan di kira oleh bendari dan di bayar kepada ALP jika perniagaan untung di hujung tahun. Buat masa ini bendahari tidak mempunyai wng kerana proses kuasa masih belum selesai.
e. Satu Tapak kedai akan di tukar nama dari nama arwah ayahanda kepada nama pengerusi atau 9 nama ALP. ( belum di putuskan lagi). Ke utamaan Di tawarkan kepada sesiapa ALP yang nak duduk dan majukan tapak itu. ( pengerusi uruskan surat kuasa)
f. Pembenaan Batu nisan arwah ayahanda ( pengerusi uruskan)
g. Hal berkaitan anak saudara.
h. Khairat kematian persatuan bekas polis dan kes lawyer saman lori ( bendahari uruskan)
i. Sedikit Hutang dengan cina baja seng chong kee untuk di semak jika ada ( tindakan pengerusi)
j. Borang insuren telah di hantar.
k. Bayaran TOL tanah. Follow up keputusannya ( tindakan bendahari).
l. Permohonan Bicara kuasa tanah ( tindakan pengerusi)
Mesyurat yang bermula jam 3 pm 28/11/09 berakhir jam 4.30pm. pengerusi mengucapkan selamat jalan bagi angah yang balik ke Pahang dan berharap dapat menyelesaikan semua perkara mengikut peringkat. Mesyuarat akan di buat semula pada 13/12/09 sempena majlis tahlil perasmian rumah pengerusi di putra height puchong Selangor.
Disahkan benar oleh pengerusi dan setiausaha.

No comments: